Monday, August 30, 2010

Ziarah ke RTK

Assalamualaikum dan apa khabar pengunjung blog..?


Salam bahagia semua...

Alhamdulillah..hari ini kt telah menyambut ramadhan yg ke 20...mudah2an baki ramadhan yg ada ini kt dpt mempertingkatkn lg ibadah dan memperkemaskn iman dan taqwa kt kepada-Nya...Semoga kt semua tidak mensia2kn ramadhan yg penuh mulia utk mencapai darjat taqwa yg tinggi disisi-Nya...




Jumaat/27 ogos 2010




Hari tersebut aku telah mengikuti satu ziarah dan iftor berserta terawih di RTK(Rumah Titian Kasih) Titiwangsa,KL anjuran kelab kecil di tempat aku belajar iaitu JKQ(Jamiyyah Khadamatil Quran) yg dihadiri seramai 50orang. Alhamdulillah perancangan program berjalan dengan sempurna walaupun tidak ramai penghuni RTK yg terlibat. Tujuan ziarah ini diadakn untuk melihat keadaan rumah sebenar yg dikatakan mempunyai penghuni(orang tua,OKU,anak yatim) terlalu ramai dan penempatan yang kecil di samping dapat membantu serba sedikit yg mereka perlukan. Apbl melihat sendiri keadaan yg sebenar,baru aku tahu mengapa.....(tidak perlu dinyatakan).

Melalui ziarah seperti ini adalah salah satu saluran dakwah yg boleh kt lakukan utk mendekati mereka bukan setakat membantu dari segi kewangan atau harta benda tapi yg mereka lebih memerlukan adlh sumbangan Ilmu,kekuatan diri dan pemikiran yg sentiasa positif untuk terus hidup lebih bahagia dan tidak terlalu memikirkan nasib diri yg tidak tahu hujung pangkalnya...



Sebahagian Muslimin yg hadir..



Muslimat pn turut serta..


Hasil niaga yg mereka usahakan...

bintujaffar: Hargailah Ibu dan Bapa kita selagi mereka ada bersama kt...hendakkah kt melihat mereka bahagia di rumah seperti ini? (Bicara hati seorang ibu di RTK: Makcik bahagia dpt ape yg mkcik nak...semua anak2 mkcik bjya dgn kerjaya yg bgus2..tp mkck lupa utk doakan mrk soleh solehah) Ingatlah semua...betapa hebatnya sebuah DOA...

Monday, August 16, 2010

Jb-Yong Peng-KL

Destinasi Jb ke KL setelah menghabiskan masa bersama keluarga di Kg. Bendahara memberi ruang masa yang berharga dan penuh bermakna. Berat rasa hati untuk meninggalkan kampung kerana untuk menjalankan tanggungjawab lain di luar kota JB…

Sempat lagi kami(abang wan,kak ai dan anas) menyinggah di beberapa tempat untuk mengubat kerinduan cuti2 yg ada sebelum sampai ke kota KL yang penuh hiruk-pikuk…

Durian Pt. Tengah ni aku yg punye...


Makanla sorang2..bagi kat abg 1 je...


Nyum3....


Cepatla keluarkan susu..aku dah letih ni...


Inilah hasilnye...


Aku bagi ko makan rumput je...bukan makan tangan aku...


Comey x saye....hihihi

Perjalanan yang sepatutnya hanya mengambil masa 5jam sahaja menjadi lebih lama lebih daripada itu.

Bintujaffar: acara melantak durian sebelum ramadhan dan mengambil berkat susu kambing yang penuh khasiat buat aku terliur…(sedang berpuasa) (^^,)

Tahsin Ibadah

Program setengah hari di Masjid al-Ulum,Kg. Bangkong di Sepang pada hari Sabtu bersamaan 4 Ramadhan 1431h yang mengambil masa lebih 1jam lebih untuk sampai ke tempat yang dituju. Peserta di kalangan mak2,nenek2 dan beberapa orang anak kecil yang menemani mak dan nenek mereka.

Program dimulai dengan menunaikan solat2 sunat iaitu Dhuha,Taubat dan Tasbih. Setelah itu diadakan tadarus secara beramai-ramai mengikut kumpulan dan dihidangkan ilmu yang mantap daripada Ustzh Hazlina mengenai ramadhan.

Terimalah solat kami...

Harith bersama ibu2...

Bersama-sama menghabiskan juzu' 4 dengan bacaan tahqiq...


Ena dengan kampit2 berasnya...


Geng2 merah hati kecuali akmal...

Sebelum menutup majlis,semua peserta diberi penghargaan menerima sumbangan beras daripada ABIM dan para dermawan..

K.Dayah yang mengetuai program


Agihan sumbangan beras oleh Ust. Zawawi...


Bintujaffar: Alhamdulillah,semoga amal ibadah yang dilakukan sepanjang bulan ramadhan ini dapat dipertingkatkan dan dipercantikkan lagi… biar sedikit,tetapi berterusan dan hadirnya keikhlasan dari hati yang kotor kembali bersih berseri…amin Ya Rabb

Semarak Ramadhan


Di bulan mulia pada 3 Ramadhan(Jumaat)yang lepas telah berlangsung satu program yang dinamakan “Semarak Ramadhan” untuk remaja2 dari kalangan pelajar SMK Pulau Indah di Masjid Sg. Kembong,Pulau Indah.


Kak Dayah dgn adik2nya yang ceria

Tujuan program ini adalah untuk membentuk jatidiri remaja Islam yang hebat dari segi sahsiah dan juga akademik. Alhamdulillah…mereka semuanya memberi respon yang baik dan tidak rasa kepenatan walaupun semuanya berpuasa…moga mereka menjadi insan yang dapat memimpini masyarakat ke arah yang lebih baik mengikut landasan Al-Quran dan Sunnah…amin wa Insya Allah…

Di samping itu aku ingin mengingatkan bahawa orang yang berpuasa itu ada 3golongan:

1) Puasa Umum - Puasa orang awam yang hanya berpuasa dari makan dan minum serta melakukan hubungan kelamin.

2) Puasa Khusus(dlm Bahasa Arabnya : Khowas)- Puasa orang yang menjaga dari 3 perkara di atas dan ditambah dengan menjaga segala pancaindera seperti mata, mulut, tangan dan lain-lain dar perbuatan maksiat dan tercela.

3) Puasa Khusus Khusus (Khowasul Khowas) - Puasa seperti orang khusus dan ditambah satu lagi iaitu hatinya juga berpuasa (menjaga hatinya) dari segala kehendak kehinaan dan memikirkan duaniawi serta mencegahnya dari memikirkan selain dari Allah.

Lihatlah kembali yang manakah satu diri kita…


Makanan utk berbuka bagi orang2 yg b'puasa

Terima kasih ustaz Zawawi,ustazah Hazlina,Umar,Harith,Akmal,Rahmad dan Kak Dayah.

Bintujaffar: dapat jumpa kembali 3 orang adik yang pernah mengikuti SPIES Remaja di Sg.Merab 2009 (cam muka je..tp nama xingt) dan aku bersama Kak Dayah pulang awal ke Dragon Hill dengan selamat dan tenang (wlupun sesat tak jumpa jalan keluar dr pulau tu) =)

Thursday, August 12, 2010

PENGHARGAAN BUAT PEMBIMBING KHAT

Tahniah kepada ust Shaharizal Sipai'e(Guru Khat) atas kemenangannya dlm pertandingan khat di Yayasan Restu pada bulan yang lepas...

Aku sangat kagumi dengan bakat yang ada pada ustaz dan Insya Allah segala curahan ilmu yang diberikan kepada aku dan kawan-kawan tidak disia2kan...

Hasil yang mengagumkan...bila lagi aku boleh menjadi sepertinya


bintujaffar: sedang memahirkan tangan yang kekok dan perlukan bimbingan dari guru2 khat...Seni Islam itu dekat di hatiku... =)

Tuesday, August 10, 2010

Jom Dakwah@Smart Solat

Jom dakwah!!...mcm best je…bkn senang nk ajak org berdakwah kan? dengan pelbagai cara sebenarnya kita boleh ajak orang berdakwah…tapi sejauh mana penerimaan dan kesan daripada orang yang kita ajak berdakwah?


Baru2 ni,aku melibatkan diri utk membantu geng2 ABIM utk menjayakan Karnival Jom Dakwah di ceruk felda Sg.Tengi,Hulu Bernam…kami ditaklifkan utk mengendalikan program SMART SOLAT…Alhamdulillah,wlupun xm’dpt smbutan yang dijangka…sekurang2nya ada penerimaan daripada adik2 dari sekolah menengah Soeharto dan Gedangsa…TERIMA KASIH adik2…

Selain itu,banyak lagi program yang disediakan dan beberapa booth yang dipamerkan…antaranya booth JIM,YAMS,JOB MALAYSIA dll…tapi…hanya orang yang menyaksikan sahaja mengetahui keadaannya macam mana…huhu.

Apapun,minggu sudah macam2 aku dan geng seangkatan alami…

GEMBIRA dan SUKA dapat menjayakan SMART SOLAT…

BANGGA dapat geng2 yang bersiap sedia membantu…

SEDIH,RASA NAK MARAH,PELIK dengan apa yang dirasai kami REDHA dan SABAR saja…

Pengalaman kali ini amat luar biasa dan aku harap apa yang terjadi tidak berulang lagi walaupun kami perlu membantu bagi yang memerlukan dan meringankan bagi yang terbeban…







Mereka yang dihargai:


K.Dayah: Big Boss yang sentiasa kami menurut perintah
Harith: Pengantin baru yang masih berseri2(tanpa isteri disisi)
Rahmad: Geng baru 1
Mahmud: Geng baru 2
Akmal: Series Man
Abg Om(ntah pape je name)…
Zura a.k.a Zuri
Yatt Montel…
Aku Si Tukang Ketik Gambar


Bintujaffar: bermalam 2 hari di rumah keluarga angkat MAK MIDAH dan sekeluarga…aku suka sangat dapat merasai kehidupan di kampong…terima kasih MAK dan I’ALLAH nanti kita jumpa lagi… =)

Thursday, August 5, 2010

Malam Puisi Riong


Anjuran: ABIM dan BERITA HARIAN
Tempat: KAED GALLERY,UIA
Tarikh: 2 Ogos 2010
Objektif: GAZA- Deritamu Palestin Derita Kami

walau di sebalik...aku masih di situ... =)

sukarela pun ade tag



Bintujaffar: Secara sukarelanya menawarkan diri untuk membantu seorang rakan bahagian HADIAH dan CENDERAMATA…pengalaman yang baru dikelilingi VVVIP… =)