Tuesday, October 26, 2010

Belajar Excel

Sebesar pelukan ni penghargaan buat K.Dayah..haha

Terima kasih kepada kak Dayah dapat memberi sedikit ilmu Excel kepada saya…mudah je kalau dah belajar dan dapat gunakan sebaiknya…(Research Method yg memeningkan)

Selepas ni,buat khat kufi guna excel…tapi xreti lagi…kena cari guru lain lak =)



Menara Taming Sari



Sekadar singgah di melaka untuk menjamah masakan asam pedas,tetapi terlajak ronda2 di Menara Taming Sari,Bandar Melaka yang baru diiktiraf Melaka Maju 2010...

KATA-KATA MOTIVASI PAGI DI IKIM.FM

Kalau hati seperti air,jangan biar ia keruh, Kalau hati seperti awan,jangan biar ia mendung, Kalau hati seperti bulan, jangan biar ia gerhana.

Lupakan musibah tetapi jangan lupa pengajaran daripadanya.

Siang itu terang,janganlah gelap dengan dosamu, Malam itu gelap,teranglah dengan ibadahmu.

Carilah keseronokan dalam hidup yang tidak membuahkan penyesalan yang berpanjangan di kemudian hari.

Sikap bertangguh modal yang terbesar manusia yang gagal.

Sahabat yang buruk umpama bayang yang hanya muncul apabila kita di bawah matahari.

Hitunglah kesyukuranmu, bukan kesukaranmu… Besarkanlah nikmat kita pada Allah, Kecilkan rasa ujian yang ditimpa ke atas kita.

Orang yang tiada anak,tiada rasa nikmat dalam hidup… Orang yang ada anak, tidak berasa rehat dalam hidup (Pujangga arab)

Hargailah sesuatu sewaktu dia ada,agar tidak menyesal di kemudian hari.

Tanpa hidayah, hidup tidak tentu arah…tanpa ilmu, hidup tiada panduan…tanpa cinta, hidup tiada indahnya..