Wednesday, July 28, 2010

DOA KESEJAHTERAAN


بسم الله الرحمن الرحيم

اللَّهُمَّ إنِّي أَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ كُلِّهِ عَاجِلِهِ وآجِلِهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ وَأَعُوْذُبِكَ مِنَ الشَّرِّ كُلِهِ عَاجِلِهِ وآجِلِهِ مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ
Ya Allah, Aku memohon kepadaMu semua kebaikan pada masa kini dan pada masa akan datang,sama ada yang aku ketahui, ataupun yang aku tidak ketahui. Serta aku berlindung kepadaMu daripada semua kejahatan yang ada pada masa kini dan akan datang,sama ada yang aku ketahui, ataupun yang tidak aku ketahui.
bintujaffar: berdoalah memohon perlindungan dan kesejahteraan...semoga dengan berdoa KASIH Sayang-Nya semakin bertambah...

Monday, July 26, 2010

Minggu Suka Ria...

Jumaat/23 Julai 2010

Melangkah kaki ke Shah Alam seorang diri tanpa peneman(adibah dan qaqa) untuk berjumpa rakan2 di sekretariat Abim. B’pesta ALIEN utk meraikan kehadiran rakan2 yg ade(maaf kpd yg xdpt join). Sambil tu m’bntu kak Dayah m’buat p’siapan utk prog HELWA pd esok hari. Langkah keluar dari ofis pada jam 9mlm lebih menuju ke Dewan Warga Emas utk m’bantu ‘Mak Cu’ kak Dayah m’hias dewan utk majlis kenduri kahwin utk hari esok. Hadir jua Kak Sina b’sama baby comel ‘Effa’ yg stlh lama tidak ak jumpa. Makin comey ‘Effa’…nasib baik kamu nk dgn auntie…cayang kamu la! =) Stlh separuh siap,kami pulang pd jam 1 wlupn masih ade lg yg xselesai…apepun,tabik hormat wat ‘Mak Cu’ dpt m’hasilkan hiasan majlis perkahwinan anak saudaranye dgn hasil tangan yg kreatif…

Sabtu/24 Julai 2010

Menuju ke Crystal Crown Hotel,Klang utk meraikan program HELWA ABIM walaupun hanya sebagai urusetia. Kehadiran kurang memberangsangkan walaupun gerak kerja program berjalan dengan lancar dan jayanya. Semua yang hadir dari kalangan NGO2 seperti MGTS,PEPIAS,ABIM,HELWA dan beberapa adik2 DARWA yang tidak segan silu turut hadir dgn keadaan mereka yg ‘memboyot’ dan mengimping si kecil ke hulu ke hilir. Rugi rasanya kepada yg tidak datang krn aku rasakan istimewanya program seperti ini perlu diteruskan untuk merapatkan hubungan generasi yang tua dan muda. Saling dapat bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman,banyak lagi sebenarnya yang boleh dikongsi dalam meneruskan kerja dakwah yang tiada penghujungnya ni. Semoga hamba2 Allah yg sentiasa dalam wadah dakwah sebagai pejuang Agama Allah sentiasa dipermudahkan segala urusan dan dapat menempuhi segala onak duri dengan penuh kesabaran ditambahi keimanan dan ketaqwaan…amin ya Rabb. Setelah habis program,beberapa daripada peserta menuju ke rumah Dr.Halija untuk menziarahi beliau antara aktiviti utk merapatkan ukhwah di antara ahli…aku dan kak Dayah tidak dapat sertai kerana ingin menuju ke Subang utk mencari tempat ber’ceramah’ utk adik2 upsr di Sek. Agama Masjid Darul Ehsan…

Ahad/25 Julai 2010

Rasa teruja utk menyertai ‘Walk for Charity ABIM’ di Dataran Merdeka. Oleh kerana tidak dapat hadir awal,aku ketinggalan menyertai walkhaton yg dikategorikan 3 jarak iaitu 3km,5km dan 7km. Sampai2 saje,acara penyampaian hadiah telah separuh majlis dijalankan. Tapi aku tidak kecewa xdpt join walk,kerana kaki lutut aku rase berat nk b’gerak laju dlm acara begini…Alhamdulillah,berkesempatan b’jumpa dgn Liza dan Hanis serta dapat mengedarkan risalah2 kempen SEORANG SEKAMPIT BERAS pd orang ramai…I’Allah ada sambutan daripada mereka…
bintujaffar: terima kasih kak Dayah setiap pengalaman yg baru...terima kasih ustzh Hazlina dgn pemberian ilmunya yg sungguh byk...terima kasih semua peserta yang hadir...terima kasih jua kepada yang tak terlibat dan terima kasih sekali lagi kepada semua....aku hargai setiap KASIH yang semua beri...moga KASIH ALLAH semakin bersemi... =)

Tuesday, July 20, 2010

Tahniah Harith & Ira..


Selamat Pengantin Baru kepada sepasang mempelai yang baru melangsungkan perkahwinan pada 18 Julai 2010 setelah melepasi ujian akad nikah pada 10 Julai 2010. Alhamdulillah syukur…terbina jua mahligai yang diimpikan. Semoga Harith & Ira berbahagia selamanya dan bersabar dalam menempuhi kehidupan yang baru dibina ini…saling fahami,saling menyayangi dan saling melengkapi… <3>

Bintujaffar: Seronok melihat rakan2 yang telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihan…semoga kwn2ku yg sdg b’bahagia skrg,jagailah hubungan kalian dalam kasih sayang Allah hingga ke akhir hayat…AKU bila pulak…? Doa,Doa dan terus berdoa… ^^,

SMART MUM

Pertama kali mengikuti SMART MUM iaitu Satu program Kerajaan Negeri Selangor yang dikendalikan oleh PUSBA Training untuk golongan ibu tunggal di sekitar negeri Selangor untuk memberi mereka Spiritual dalaman yang kuat, Physical yang mantap, Intelectual yang kreatif dan berinovasi, Emotional yang terkawal dan Social yang bebas bergaul dengan masyarakat sekeliling. Semoga mereka diberi kekuatan dalam hidup dan dapat meneruskan semangat yang lebih tinggi dan gagah berdiri atas kaki sendiri serta mampu mengubah kehidupan yang lebih baik.

Lokasi: Kelab Golf,Pantai Morib
Tarikh dan Masa: 18 Julai 2010/8.30pg hingga 5.00ptg.

Bintujaffar: Dapat berkenalan dengan PA kepada Yb. Rudziah Ismail mencuit hatiku untuk menjadi seorang PA kepada Yang berhormat…tetapi siapa? =) …bak kata aku kepada seorang ketua kampong yg m’jd tetamu jemputan SMART MUM: awak PA YB ke? Tersenyum aku dan menjawab…taklah saya PA ust. Zawawi je…hehe

Tamatnya Tahsin Al-Quran

Alhamdulillah…tamatlah sudah tahsin Quran bagi daerah Sabak Bernam yang telah dijalankan selama 7siri bermula bulan Januari hingga Jun 2010. Tahsin Quran ini adalah satu program yang dianjurkan oleh pihak AZAS(Akademi Zakat Selangor) dengan kerjasama PUSBA(Pusat Bahasa Arab dan Al-Quran) Training untuk golongan asnaf yang masih tercicir dalam pengajian al-quran. Kebaikan program ini merupakan satu usaha untuk mendekati golongan asnaf tidak ketinggalan dengan Al-Quran dan memperbaiki cara bacaan serta mendalami serba sedikit ilmu tajwid untuk meningkatkan kualiti bacaan serta mempertingkatkan kefahaman mereka terhadap ilmu Al-Quran. Semoga curahan ilmu yang diberikan atas bimbingan guru-guru Al-Quran kepada mereka mendapat ganjaran yang berlipat ganda dalam membantu mereka ‘celik Al-Quran’. Moga mereka(golongan asnaf) sentiasa berdamping dengan Al-Quran dan dapat mengubah kehidupan mereka kepada yang lebih baik dan lebih berkat…Sesungguhnya ayat-ayat Al-Quran itu penawar dan memberi ketenangan kepada setiap yang membacanya…
Penutup Tahsin Quran telah berlangsung pada 17 Julai 2010 dan dirasmikan oleh Ustzh Hazlina Abd Razak dan dihadiri guru2 al-quran serta peserta yang terlibat…Terima kasih kepada pihak PUSBA dan AZAS memberi saya peluang untuk berbakti kepada golongan asnaf yang memerlukan lebih bimbingan ilmu dan bantuan rohani…


Bintujaffar: Bacalah dan Fahamilah setiap ayat Al-Quran yang dilafazkan…moga menjadi penghibur bagi hati yang sedih dan penawar bagi hati yang sakit…I LOVE AL-QURAN

Monday, July 19, 2010

Kuliah

Telah pun seminggu kuliah bermula,pastinya semangat yang berkobar2 utk terus belajar dan berusaha untuk mencapai impian yang diusahakan…moga perjalanan menuntut ilmu ini bukan hanya diperolehi daripada kelas yang formal malah ilmu itu boleh dicari di mana-mana sahaja…hati2 yang hendakkan kebaikan,moga Allah permudahkan segala urusan…menuntut ilmu itu tiada penghujungnya…setinggi mana ilmu yang kita dapat tapi tidak kita amalkan dan semata untuk mendapat darjat yang hebat dari mata orang Ilmu itu tidak akan berguna untuk kita dan orang lain…maka itu,perbetulkanlah niat kita setiap apa yang dilakukan…mudah2an niat yang kecil atau besar itu mendapat keberkatan dan keredhaan Allah,guru2 jua ibu bapa…Ingatlah,kita jangan mudah berpuas hati setiap apa yang kita ada,kerana manusia itu masih ada kekurangan walaupun merasakan diri kita lebih hebat daripada orang lain…

Ya Allah…kau berikanlah daku petunjuk dan luruskanlah hatiku agar hatiku ini sentiasa berada di jalan-Mu…aku lemah dan aku hina,hanya segalanya aku berserah kepada-Mu setiap apa yang ditentukan untukku…bantulah aku setiap pertolonganku,kabulkanlah setiap permintaanku dan berkatilah Ilmu yang aku perolehi daripada pendidikku…janganlah Kau sia-siakan hidupku,kerana aku tahu setiap ketentuan-Mu adalah yang terbaik untukku… ameeen =)

Wednesday, July 7, 2010

Cuti yang bermakna...


بسم الله الرحمن الرحيم

Salam Mesra dan Kasih Sayang buat semua...


Perkongsian cerita di waktu cuti yang singkat ni aku abadikan di blog ni supaya menjadi memori yang indah dalam diri dan sekelilingku.


Selama cuti 2minggu lebih,aku menghabiskan masa dengan satu pelajaran baru yang selama ini aku ambil tak peduli dan bukan satu aktiviti yang menarik. Tetapi setelah dipujuk dan dipaksa oleh seorang pembimbing yang hebat(ibu) aku mendapat kekuatan dan kerelaan melakukan aktiviti itu.

Oleh kerana aku seorang perempuan,aku tak nak lah ketinggalan daripada bidang ini(patut semua yang bergelar perempuan lakukan) iaitu menjahit..hehe.


Pelbagai projek yang diberi dan aku cuba sedaya upaya buat ya
ng termampu.
Awalnye memang kekok dan rasa 'give-up' nak teruskan...tp,cemburu melihat hasil tangan ibu yang cantik dan menarik(walaupun tangan kiri stroke),aku teruskan...

Akhirnya,dengan semangat dan hanya peluang ini sahaja yang ada(bersama ibu) di waktu cuti,aku mesti selesaikan dan tidak mahu mensia2kan harapan seorang ibu(nak tengok anaknye yang boleh menjahit)...

Dan hasilnye...


Projek 1: Jam Manik (Klu jual boleh mencecah RM300)


Projek 2: Terompah (3 corak)


Projek 3&4: 4 Pouch Beg dan 1 Brooch bunga


Projek 5: Baju Kurung dan Sulam


Alhamdulillah...
Seronok gak bila da belajar dan hasilkan sendiri,pastinya memberi kepuasan di mata sendiri.
Walaupun byk lg yg perlu dipelajari dan diperbaiki..
Moga kemahiran ini akan diteruskan dan memberi manfaat utk mase akn dtg..

bintu jaffar: terima kasih buat ibu dan guru2 di EPAL,JB...

Saturday, July 3, 2010

Jejak Pertama

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah...
Akhirnya dapat melangkah ke dunia blog...
Walaupun sudah lama berjinak untuk memiliki blog sendiri(selama ni asyek jenguk blog orang je)...
Moga kehadiranku ke dunia blog ini dapat memberi manfaat kepada diri aku dan orang lain...

Ku harap CAHAYA KASIH-NYA terus bersinar ke dalam diriku dan orang di sekelilingku...

(^_^)