Monday, July 26, 2010

Minggu Suka Ria...

Jumaat/23 Julai 2010

Melangkah kaki ke Shah Alam seorang diri tanpa peneman(adibah dan qaqa) untuk berjumpa rakan2 di sekretariat Abim. B’pesta ALIEN utk meraikan kehadiran rakan2 yg ade(maaf kpd yg xdpt join). Sambil tu m’bntu kak Dayah m’buat p’siapan utk prog HELWA pd esok hari. Langkah keluar dari ofis pada jam 9mlm lebih menuju ke Dewan Warga Emas utk m’bantu ‘Mak Cu’ kak Dayah m’hias dewan utk majlis kenduri kahwin utk hari esok. Hadir jua Kak Sina b’sama baby comel ‘Effa’ yg stlh lama tidak ak jumpa. Makin comey ‘Effa’…nasib baik kamu nk dgn auntie…cayang kamu la! =) Stlh separuh siap,kami pulang pd jam 1 wlupn masih ade lg yg xselesai…apepun,tabik hormat wat ‘Mak Cu’ dpt m’hasilkan hiasan majlis perkahwinan anak saudaranye dgn hasil tangan yg kreatif…

Sabtu/24 Julai 2010

Menuju ke Crystal Crown Hotel,Klang utk meraikan program HELWA ABIM walaupun hanya sebagai urusetia. Kehadiran kurang memberangsangkan walaupun gerak kerja program berjalan dengan lancar dan jayanya. Semua yang hadir dari kalangan NGO2 seperti MGTS,PEPIAS,ABIM,HELWA dan beberapa adik2 DARWA yang tidak segan silu turut hadir dgn keadaan mereka yg ‘memboyot’ dan mengimping si kecil ke hulu ke hilir. Rugi rasanya kepada yg tidak datang krn aku rasakan istimewanya program seperti ini perlu diteruskan untuk merapatkan hubungan generasi yang tua dan muda. Saling dapat bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman,banyak lagi sebenarnya yang boleh dikongsi dalam meneruskan kerja dakwah yang tiada penghujungnya ni. Semoga hamba2 Allah yg sentiasa dalam wadah dakwah sebagai pejuang Agama Allah sentiasa dipermudahkan segala urusan dan dapat menempuhi segala onak duri dengan penuh kesabaran ditambahi keimanan dan ketaqwaan…amin ya Rabb. Setelah habis program,beberapa daripada peserta menuju ke rumah Dr.Halija untuk menziarahi beliau antara aktiviti utk merapatkan ukhwah di antara ahli…aku dan kak Dayah tidak dapat sertai kerana ingin menuju ke Subang utk mencari tempat ber’ceramah’ utk adik2 upsr di Sek. Agama Masjid Darul Ehsan…

Ahad/25 Julai 2010

Rasa teruja utk menyertai ‘Walk for Charity ABIM’ di Dataran Merdeka. Oleh kerana tidak dapat hadir awal,aku ketinggalan menyertai walkhaton yg dikategorikan 3 jarak iaitu 3km,5km dan 7km. Sampai2 saje,acara penyampaian hadiah telah separuh majlis dijalankan. Tapi aku tidak kecewa xdpt join walk,kerana kaki lutut aku rase berat nk b’gerak laju dlm acara begini…Alhamdulillah,berkesempatan b’jumpa dgn Liza dan Hanis serta dapat mengedarkan risalah2 kempen SEORANG SEKAMPIT BERAS pd orang ramai…I’Allah ada sambutan daripada mereka…
bintujaffar: terima kasih kak Dayah setiap pengalaman yg baru...terima kasih ustzh Hazlina dgn pemberian ilmunya yg sungguh byk...terima kasih semua peserta yang hadir...terima kasih jua kepada yang tak terlibat dan terima kasih sekali lagi kepada semua....aku hargai setiap KASIH yang semua beri...moga KASIH ALLAH semakin bersemi... =)

2 comments:

  1. Semoga pengalaman yg diperolehi dapat mematangkan diri dan digunakan untuk mendidik insan2 diluar sana...Teruskan usaha dan perjuanganmu...(^_^)(^_^)

    ReplyDelete