Monday, August 16, 2010

Semarak Ramadhan


Di bulan mulia pada 3 Ramadhan(Jumaat)yang lepas telah berlangsung satu program yang dinamakan “Semarak Ramadhan” untuk remaja2 dari kalangan pelajar SMK Pulau Indah di Masjid Sg. Kembong,Pulau Indah.


Kak Dayah dgn adik2nya yang ceria

Tujuan program ini adalah untuk membentuk jatidiri remaja Islam yang hebat dari segi sahsiah dan juga akademik. Alhamdulillah…mereka semuanya memberi respon yang baik dan tidak rasa kepenatan walaupun semuanya berpuasa…moga mereka menjadi insan yang dapat memimpini masyarakat ke arah yang lebih baik mengikut landasan Al-Quran dan Sunnah…amin wa Insya Allah…

Di samping itu aku ingin mengingatkan bahawa orang yang berpuasa itu ada 3golongan:

1) Puasa Umum - Puasa orang awam yang hanya berpuasa dari makan dan minum serta melakukan hubungan kelamin.

2) Puasa Khusus(dlm Bahasa Arabnya : Khowas)- Puasa orang yang menjaga dari 3 perkara di atas dan ditambah dengan menjaga segala pancaindera seperti mata, mulut, tangan dan lain-lain dar perbuatan maksiat dan tercela.

3) Puasa Khusus Khusus (Khowasul Khowas) - Puasa seperti orang khusus dan ditambah satu lagi iaitu hatinya juga berpuasa (menjaga hatinya) dari segala kehendak kehinaan dan memikirkan duaniawi serta mencegahnya dari memikirkan selain dari Allah.

Lihatlah kembali yang manakah satu diri kita…


Makanan utk berbuka bagi orang2 yg b'puasa

Terima kasih ustaz Zawawi,ustazah Hazlina,Umar,Harith,Akmal,Rahmad dan Kak Dayah.

Bintujaffar: dapat jumpa kembali 3 orang adik yang pernah mengikuti SPIES Remaja di Sg.Merab 2009 (cam muka je..tp nama xingt) dan aku bersama Kak Dayah pulang awal ke Dragon Hill dengan selamat dan tenang (wlupun sesat tak jumpa jalan keluar dr pulau tu) =)

2 comments:

  1. Salam..nak buat pembetulan sikit berkenaan tulisan ustazah berkenaan puasa dengan ilmu hamba yang dhoif ni...

    Menurut Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulumuddin

    1) Puasa Umum - Puasa orang awam yang hanya berpuasa dari makan dan minum serta melakukan hubungan kelamin.

    2) Puasa Khusus(dlm Bahasa Arabnya : Khowas)- Puasa orang yang menjaga dari 3 perkara di atas dan ditambah dengan menjaga segala pancaindera seperti mata, mulut, tangan dan lain-lain dar perbuatan maksiat dan tercela.

    3) Puasa Khusus Khusus (Khowasul Khowas) - Puasa seperti orang khusus dan ditambah satu lagi iaitu hatinya juga berpuasa (menjaga hatinya) dari segala kehendak kehinaan dan memikirkan duaniawi serta mencegahnya dari memikirkan selain dari Allah.

    Wallau a'lam

    ReplyDelete
  2. Syukran jazak ats pembetulan...maaf atas kesilapan

    ReplyDelete