Monday, January 3, 2011

MALAM TAHUN BARU

Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua warga Malaya di mana jua anda berada. Semoga kedatangan tahun 2011 memberi banyak pengertian yang bermakna dalam diri saya dan anda jua. Rancanglah sebaiknya apa yang ingin dicapai dan perbaikilah apa yang dirancang pada tahun 2010 yang telah kita tinggalkan menjadi yang lebih baik untuk diri kita pada masa akan datang sebelum menerima penyesalan yang tidak kesudahan...apepun,berusahalah untuk memberi yang terbaik buat diri sendiri dan orang lain.. Insya Allah…

Pada malam tahun baru, saya telah melapangkan sedikit waktu bersama-sama “Jejak Geng Belia Metropolitan ABIM” di KLCC untuk melihat ibu kota penuh warna-warni diraikan kebanjiran manusia pelbagai kaum dan bangsa. Geng sukarelawan ABIM dihadiri dari kalangan belia IPTA dan warga awam seramai lebih daripada yang dijangka. Pembahagian kumpulan dibahagikan kepada 9 kumpulan yang terdiri daripada lelaki dan perempuan. Jejak geng belia ini adalah satu aktiviti operasi mencegah kemungkaran sambil berdakwah. Oleh itu, operasi kami dijalankan ketika menunggu detik jam 12 dan 150,000 bunga api dilepaskan dan perjalanan kami bermula daripada Masjid as-Syakirin ke BB(Bukit Bintang).

Kesibukan di kelab2 malam

Konsert Shuffle

Ketika manusia berpusu-pusu berjalan sambil bersuka ria,terjerit kinja,siulan yang membingitkan, spray buih yang merata-rata untuk meraikan malam tahun baru, kami hanya memerhatikan gelagat mereka yang di luar kawalan dan tidak peduli manusia di sekeliling mereka. Amatlah malang si anak-anak kecil yang dibawa bersama oleh ibu dan ayahnya untuk merasai suasana tahun baru yang mungkin memberi kegembiraan yang bernilai untuk diri mereka. Apakah agaknya yang mereka rasai sambutan yang diraikan sebegitu? Apakah perasaan si anak digambarkan dengan kehidupan ‘pelik’ yang boleh diambil pengajaran ke dalam diri mereka?

Sepanjang perjalanan yang amat dahsyat ditempuhi kami meneruskan agenda yang perlu dilaksanakan untuk membantu masyarakat yang memerlukan bimbingan. Alhamdulillah walau sedikit jumlah yang kami dekati, Insya Allah akan dibukakan pintu hidayah sebelum mereka pergi lebih jauh daripada sekarang….

Anak2 muda

Semoga kita dijauhi daripada golongan yang alpa dan mendoakan saudara2 kita tidak turut sama jauh tersasar daripada jalan yang benar...semoga mereka diberi peluang untuk hidup kembali bahagia di jalan Islam...amiiin

No comments:

Post a Comment