Thursday, September 23, 2010

Aidilfitri 1431H

Salam Aidilfitri walaupun sudah agak terlewat untuk diucapkan...
Mohon maaf salah silap buat semua yang dikenali dan mungkin yang tak dikenali...
Saya hamba biasa yang banyak kekurangannya...Tidak terlepas daripada melakukan kesilapan dan kesalahan...
Harap, sape2 yang terguris hati dengan perilaku dan kata2 saya,harap dimaafkan...
Tenang...Aman...Bahagia...
Kenangan hari raya tahun ini...moga berterusan bahagia bersama ahli keluarga dan sanak saudara...(^_^)
Ibu,abang sulong dan kak ipar...
Keluarga Mohd Shukor...

Bersama sepupu

bintujaffar: Alhamdulillah...tahun ni dpt byk duit raye....nak simpan utk mase depan..hehe... Sape2 kwn yg da b'keje hulur le duit raye kt sy... :)

Friday, September 3, 2010

IFTOR BERSAMA PUSBA


Ahlan wa sahlan ila Arabian Cafe,Seksyen 7 Shah Alam

Tanggal 2 September 2010 bersamaan 23 Ramadhan 1431h, satu jamuan iftor bersama PUSBA(Pusat Pengajian Bahasa Arab dan Al-Quran) di ARABIAN CAFE,seksyen 7 Shah Alam. Kedatangan dihadiri oleh Tok Guru Zawawi dan peneman setianya ustzah Hazlina dengan membawa segerombolan tentera mereka serta ahli jemaah PUSBA yang turut dijemput untuk meraikan dan meriahkan bersama...
Baru dapat gambar bersama k.dayah dan adik...
Muka2 sebelum dihidangkan makanan...

Mane mak??...bapaknye duduk aje...ish3..


Muka teruja setelah makanan pun tiba...

Inilah 'mandey lahmm'...ayam bergolek2...

Jemputlah semua...

Alhamdulillah..makanan yang disediakan tersangatlah sedap dan istimewa sehingga tiada yang berbaki(rugi klu orang belanje mkn tak habis)..hehe. Menu 'Mandey Lahmm' didatangkan khas dari timur tengah yang teramatlah banyak(disediakan dalam talam) membuatkan suasana ala2 di negara arab..ditambah pula dessert Kastard+Laici+Nata de Coco menambah lagi selera.

Kehepian dapat duit rayerrr...hehe


Dah kenyang terus pulang??...itulah,tiada pembuka dan penutup kami bergerak bersendirian untuk pulang ke haluan masing2..aku yang baru sampi beberapa jam di Shah Alam dah kembali semula ke UIA..huhu. Tapi kami pulang bukan dengan tangan kosong...belum raya lagi dah dapat 'ang pau' dari ustaz dan ustazah...terima kasih banyak2...agak2 kalau datang raya umah ustaz ustazah nanti dapat duit raya lagi tak??...hehe
bintujaffar: terima kasih kepada Azam dan khidmat savvy merah yang sudi membawa aku,Dieba dan Qa untuk meraikan iftor bersama PUSBA...harap tukang drive tu jgn b'simpati' pada kami setakat sini saje..hehe..

Monday, August 30, 2010

Ziarah ke RTK

Assalamualaikum dan apa khabar pengunjung blog..?


Salam bahagia semua...

Alhamdulillah..hari ini kt telah menyambut ramadhan yg ke 20...mudah2an baki ramadhan yg ada ini kt dpt mempertingkatkn lg ibadah dan memperkemaskn iman dan taqwa kt kepada-Nya...Semoga kt semua tidak mensia2kn ramadhan yg penuh mulia utk mencapai darjat taqwa yg tinggi disisi-Nya...




Jumaat/27 ogos 2010




Hari tersebut aku telah mengikuti satu ziarah dan iftor berserta terawih di RTK(Rumah Titian Kasih) Titiwangsa,KL anjuran kelab kecil di tempat aku belajar iaitu JKQ(Jamiyyah Khadamatil Quran) yg dihadiri seramai 50orang. Alhamdulillah perancangan program berjalan dengan sempurna walaupun tidak ramai penghuni RTK yg terlibat. Tujuan ziarah ini diadakn untuk melihat keadaan rumah sebenar yg dikatakan mempunyai penghuni(orang tua,OKU,anak yatim) terlalu ramai dan penempatan yang kecil di samping dapat membantu serba sedikit yg mereka perlukan. Apbl melihat sendiri keadaan yg sebenar,baru aku tahu mengapa.....(tidak perlu dinyatakan).

Melalui ziarah seperti ini adalah salah satu saluran dakwah yg boleh kt lakukan utk mendekati mereka bukan setakat membantu dari segi kewangan atau harta benda tapi yg mereka lebih memerlukan adlh sumbangan Ilmu,kekuatan diri dan pemikiran yg sentiasa positif untuk terus hidup lebih bahagia dan tidak terlalu memikirkan nasib diri yg tidak tahu hujung pangkalnya...



Sebahagian Muslimin yg hadir..



Muslimat pn turut serta..


Hasil niaga yg mereka usahakan...

bintujaffar: Hargailah Ibu dan Bapa kita selagi mereka ada bersama kt...hendakkah kt melihat mereka bahagia di rumah seperti ini? (Bicara hati seorang ibu di RTK: Makcik bahagia dpt ape yg mkcik nak...semua anak2 mkcik bjya dgn kerjaya yg bgus2..tp mkck lupa utk doakan mrk soleh solehah) Ingatlah semua...betapa hebatnya sebuah DOA...

Monday, August 16, 2010

Jb-Yong Peng-KL

Destinasi Jb ke KL setelah menghabiskan masa bersama keluarga di Kg. Bendahara memberi ruang masa yang berharga dan penuh bermakna. Berat rasa hati untuk meninggalkan kampung kerana untuk menjalankan tanggungjawab lain di luar kota JB…

Sempat lagi kami(abang wan,kak ai dan anas) menyinggah di beberapa tempat untuk mengubat kerinduan cuti2 yg ada sebelum sampai ke kota KL yang penuh hiruk-pikuk…

Durian Pt. Tengah ni aku yg punye...


Makanla sorang2..bagi kat abg 1 je...


Nyum3....


Cepatla keluarkan susu..aku dah letih ni...


Inilah hasilnye...


Aku bagi ko makan rumput je...bukan makan tangan aku...


Comey x saye....hihihi

Perjalanan yang sepatutnya hanya mengambil masa 5jam sahaja menjadi lebih lama lebih daripada itu.

Bintujaffar: acara melantak durian sebelum ramadhan dan mengambil berkat susu kambing yang penuh khasiat buat aku terliur…(sedang berpuasa) (^^,)

Tahsin Ibadah

Program setengah hari di Masjid al-Ulum,Kg. Bangkong di Sepang pada hari Sabtu bersamaan 4 Ramadhan 1431h yang mengambil masa lebih 1jam lebih untuk sampai ke tempat yang dituju. Peserta di kalangan mak2,nenek2 dan beberapa orang anak kecil yang menemani mak dan nenek mereka.

Program dimulai dengan menunaikan solat2 sunat iaitu Dhuha,Taubat dan Tasbih. Setelah itu diadakan tadarus secara beramai-ramai mengikut kumpulan dan dihidangkan ilmu yang mantap daripada Ustzh Hazlina mengenai ramadhan.

Terimalah solat kami...

Harith bersama ibu2...

Bersama-sama menghabiskan juzu' 4 dengan bacaan tahqiq...


Ena dengan kampit2 berasnya...


Geng2 merah hati kecuali akmal...

Sebelum menutup majlis,semua peserta diberi penghargaan menerima sumbangan beras daripada ABIM dan para dermawan..

K.Dayah yang mengetuai program


Agihan sumbangan beras oleh Ust. Zawawi...


Bintujaffar: Alhamdulillah,semoga amal ibadah yang dilakukan sepanjang bulan ramadhan ini dapat dipertingkatkan dan dipercantikkan lagi… biar sedikit,tetapi berterusan dan hadirnya keikhlasan dari hati yang kotor kembali bersih berseri…amin Ya Rabb

Semarak Ramadhan


Di bulan mulia pada 3 Ramadhan(Jumaat)yang lepas telah berlangsung satu program yang dinamakan “Semarak Ramadhan” untuk remaja2 dari kalangan pelajar SMK Pulau Indah di Masjid Sg. Kembong,Pulau Indah.


Kak Dayah dgn adik2nya yang ceria

Tujuan program ini adalah untuk membentuk jatidiri remaja Islam yang hebat dari segi sahsiah dan juga akademik. Alhamdulillah…mereka semuanya memberi respon yang baik dan tidak rasa kepenatan walaupun semuanya berpuasa…moga mereka menjadi insan yang dapat memimpini masyarakat ke arah yang lebih baik mengikut landasan Al-Quran dan Sunnah…amin wa Insya Allah…

Di samping itu aku ingin mengingatkan bahawa orang yang berpuasa itu ada 3golongan:

1) Puasa Umum - Puasa orang awam yang hanya berpuasa dari makan dan minum serta melakukan hubungan kelamin.

2) Puasa Khusus(dlm Bahasa Arabnya : Khowas)- Puasa orang yang menjaga dari 3 perkara di atas dan ditambah dengan menjaga segala pancaindera seperti mata, mulut, tangan dan lain-lain dar perbuatan maksiat dan tercela.

3) Puasa Khusus Khusus (Khowasul Khowas) - Puasa seperti orang khusus dan ditambah satu lagi iaitu hatinya juga berpuasa (menjaga hatinya) dari segala kehendak kehinaan dan memikirkan duaniawi serta mencegahnya dari memikirkan selain dari Allah.

Lihatlah kembali yang manakah satu diri kita…


Makanan utk berbuka bagi orang2 yg b'puasa

Terima kasih ustaz Zawawi,ustazah Hazlina,Umar,Harith,Akmal,Rahmad dan Kak Dayah.

Bintujaffar: dapat jumpa kembali 3 orang adik yang pernah mengikuti SPIES Remaja di Sg.Merab 2009 (cam muka je..tp nama xingt) dan aku bersama Kak Dayah pulang awal ke Dragon Hill dengan selamat dan tenang (wlupun sesat tak jumpa jalan keluar dr pulau tu) =)

Thursday, August 12, 2010

PENGHARGAAN BUAT PEMBIMBING KHAT

Tahniah kepada ust Shaharizal Sipai'e(Guru Khat) atas kemenangannya dlm pertandingan khat di Yayasan Restu pada bulan yang lepas...

Aku sangat kagumi dengan bakat yang ada pada ustaz dan Insya Allah segala curahan ilmu yang diberikan kepada aku dan kawan-kawan tidak disia2kan...

Hasil yang mengagumkan...bila lagi aku boleh menjadi sepertinya


bintujaffar: sedang memahirkan tangan yang kekok dan perlukan bimbingan dari guru2 khat...Seni Islam itu dekat di hatiku... =)