بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Mesra dan Kasih Sayang buat semua...
Perkongsian cerita di waktu cuti yang singkat ni aku abadikan di blog ni supaya menjadi memori yang indah dalam diri dan sekelilingku.
Selama cuti 2minggu lebih,aku menghabiskan masa dengan satu pelajaran baru yang selama ini aku ambil tak peduli dan bukan satu aktiviti yang menarik. Tetapi setelah dipujuk dan dipaksa oleh seorang pembimbing yang hebat(ibu) aku mendapat kekuatan dan kerelaan melakukan aktiviti itu.
Oleh kerana aku seorang perempuan,aku tak nak lah ketinggalan daripada bidang ini(patut semua yang bergelar perempuan lakukan) iaitu menjahit..hehe.
Pelbagai projek yang diberi dan aku cuba sedaya upaya buat yang termampu.
Awalnye memang kekok dan rasa 'give-up' nak teruskan...tp,cemburu melihat hasil tangan ibu yang cantik dan menarik(walaupun tangan kiri stroke),aku teruskan...
Akhirnya,dengan semangat dan hanya peluang ini sahaja yang ada(bersama ibu) di waktu cuti,aku mesti selesaikan dan tidak mahu mensia2kan harapan seorang ibu(nak tengok anaknye yang boleh menjahit)...
Dan hasilnye...
Projek 1: Jam Manik (Klu jual boleh mencecah RM300)
Projek 3&4: 4 Pouch Beg dan 1 Brooch bunga
Alhamdulillah...
Seronok gak bila da belajar dan hasilkan sendiri,pastinya memberi kepuasan di mata sendiri.
Walaupun byk lg yg perlu dipelajari dan diperbaiki..
Moga kemahiran ini akan diteruskan dan memberi manfaat utk mase akn dtg..
No comments:
Post a Comment