Monday, July 19, 2010

Kuliah

Telah pun seminggu kuliah bermula,pastinya semangat yang berkobar2 utk terus belajar dan berusaha untuk mencapai impian yang diusahakan…moga perjalanan menuntut ilmu ini bukan hanya diperolehi daripada kelas yang formal malah ilmu itu boleh dicari di mana-mana sahaja…hati2 yang hendakkan kebaikan,moga Allah permudahkan segala urusan…menuntut ilmu itu tiada penghujungnya…setinggi mana ilmu yang kita dapat tapi tidak kita amalkan dan semata untuk mendapat darjat yang hebat dari mata orang Ilmu itu tidak akan berguna untuk kita dan orang lain…maka itu,perbetulkanlah niat kita setiap apa yang dilakukan…mudah2an niat yang kecil atau besar itu mendapat keberkatan dan keredhaan Allah,guru2 jua ibu bapa…Ingatlah,kita jangan mudah berpuas hati setiap apa yang kita ada,kerana manusia itu masih ada kekurangan walaupun merasakan diri kita lebih hebat daripada orang lain…

Ya Allah…kau berikanlah daku petunjuk dan luruskanlah hatiku agar hatiku ini sentiasa berada di jalan-Mu…aku lemah dan aku hina,hanya segalanya aku berserah kepada-Mu setiap apa yang ditentukan untukku…bantulah aku setiap pertolonganku,kabulkanlah setiap permintaanku dan berkatilah Ilmu yang aku perolehi daripada pendidikku…janganlah Kau sia-siakan hidupku,kerana aku tahu setiap ketentuan-Mu adalah yang terbaik untukku… ameeen =)

No comments:

Post a Comment