Tuesday, July 20, 2010

Tamatnya Tahsin Al-Quran

Alhamdulillah…tamatlah sudah tahsin Quran bagi daerah Sabak Bernam yang telah dijalankan selama 7siri bermula bulan Januari hingga Jun 2010. Tahsin Quran ini adalah satu program yang dianjurkan oleh pihak AZAS(Akademi Zakat Selangor) dengan kerjasama PUSBA(Pusat Bahasa Arab dan Al-Quran) Training untuk golongan asnaf yang masih tercicir dalam pengajian al-quran. Kebaikan program ini merupakan satu usaha untuk mendekati golongan asnaf tidak ketinggalan dengan Al-Quran dan memperbaiki cara bacaan serta mendalami serba sedikit ilmu tajwid untuk meningkatkan kualiti bacaan serta mempertingkatkan kefahaman mereka terhadap ilmu Al-Quran. Semoga curahan ilmu yang diberikan atas bimbingan guru-guru Al-Quran kepada mereka mendapat ganjaran yang berlipat ganda dalam membantu mereka ‘celik Al-Quran’. Moga mereka(golongan asnaf) sentiasa berdamping dengan Al-Quran dan dapat mengubah kehidupan mereka kepada yang lebih baik dan lebih berkat…Sesungguhnya ayat-ayat Al-Quran itu penawar dan memberi ketenangan kepada setiap yang membacanya…
Penutup Tahsin Quran telah berlangsung pada 17 Julai 2010 dan dirasmikan oleh Ustzh Hazlina Abd Razak dan dihadiri guru2 al-quran serta peserta yang terlibat…Terima kasih kepada pihak PUSBA dan AZAS memberi saya peluang untuk berbakti kepada golongan asnaf yang memerlukan lebih bimbingan ilmu dan bantuan rohani…


Bintujaffar: Bacalah dan Fahamilah setiap ayat Al-Quran yang dilafazkan…moga menjadi penghibur bagi hati yang sedih dan penawar bagi hati yang sakit…I LOVE AL-QURAN

No comments:

Post a Comment