بسم الله الرحمن الرحيم
Wednesday, July 28, 2010
DOA KESEJAHTERAAN
بسم الله الرحمن الرحيم
Monday, July 26, 2010
Minggu Suka Ria...
Melangkah kaki ke Shah Alam seorang diri tanpa peneman(adibah dan qaqa) untuk berjumpa rakan2 di sekretariat Abim. B’pesta ALIEN utk meraikan kehadiran rakan2 yg ade(maaf kpd yg xdpt join). Sambil tu m’bntu kak Dayah m’buat p’siapan utk prog HELWA pd esok hari. Langkah keluar dari ofis pada jam 9mlm lebih menuju ke Dewan Warga Emas utk m’bantu ‘Mak Cu’ kak Dayah m’hias dewan utk majlis kenduri kahwin utk hari esok. Hadir jua Kak Sina b’sama baby comel ‘Effa’ yg stlh lama tidak ak jumpa. Makin comey ‘Effa’…nasib baik kamu nk dgn auntie…cayang kamu la! =) Stlh separuh siap,kami pulang pd jam 1 wlupn masih ade lg yg xselesai…apepun,tabik hormat wat ‘Mak Cu’ dpt m’hasilkan hiasan majlis perkahwinan anak saudaranye dgn hasil tangan yg kreatif…
Sabtu/24 Julai 2010
Menuju ke Crystal Crown Hotel,Klang utk meraikan program HELWA ABIM walaupun hanya sebagai urusetia. Kehadiran kurang memberangsangkan walaupun gerak kerja program berjalan dengan lancar dan jayanya. Semua yang hadir dari kalangan NGO2 seperti MGTS,PEPIAS,ABIM,HELWA dan beberapa adik2 DARWA yang tidak segan silu turut hadir dgn keadaan mereka yg ‘memboyot’ dan mengimping si kecil ke hulu ke hilir. Rugi rasanya kepada yg tidak datang krn aku rasakan istimewanya program seperti ini perlu diteruskan untuk merapatkan hubungan generasi yang tua dan muda. Saling dapat bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman,banyak lagi sebenarnya yang boleh dikongsi dalam meneruskan kerja dakwah yang tiada penghujungnya ni. Semoga hamba2 Allah yg sentiasa dalam wadah dakwah sebagai pejuang Agama Allah sentiasa dipermudahkan segala urusan dan dapat menempuhi segala onak duri dengan penuh kesabaran ditambahi keimanan dan ketaqwaan…amin ya Rabb. Setelah habis program,beberapa daripada peserta menuju ke rumah Dr.Halija untuk menziarahi beliau antara aktiviti utk merapatkan ukhwah di antara ahli…aku dan kak Dayah tidak dapat sertai kerana ingin menuju ke Subang utk mencari tempat ber’ceramah’ utk adik2 upsr di Sek. Agama Masjid Darul Ehsan…
Ahad/25 Julai 2010
Rasa teruja utk menyertai ‘Walk for Charity ABIM’ di Dataran Merdeka. Oleh kerana tidak dapat hadir awal,aku ketinggalan menyertai walkhaton yg dikategorikan 3 jarak iaitu 3km,5km dan 7km. Sampai2 saje,acara penyampaian hadiah telah separuh majlis dijalankan. Tapi aku tidak kecewa xdpt join walk,kerana kaki lutut aku rase berat nk b’gerak laju dlm acara begini…Alhamdulillah,berkesempatan b’jumpa dgn Liza dan Hanis serta dapat mengedarkan risalah2 kempen SEORANG SEKAMPIT BERAS pd orang ramai…I’Allah ada sambutan daripada mereka…
Tuesday, July 20, 2010
Tahniah Harith & Ira..
Bintujaffar: Seronok melihat rakan2 yang telah selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihan…semoga kwn2ku yg sdg b’bahagia skrg,jagailah hubungan kalian dalam kasih sayang Allah hingga ke akhir hayat…AKU bila pulak…? Doa,Doa dan terus berdoa… ^^,
SMART MUM
Lokasi: Kelab Golf,Pantai Morib
Tarikh dan Masa: 18 Julai 2010/8.30pg hingga 5.00ptg.
Bintujaffar: Dapat berkenalan dengan PA kepada Yb. Rudziah Ismail mencuit hatiku untuk menjadi seorang PA kepada Yang berhormat…tetapi siapa? =) …bak kata aku kepada seorang ketua kampong yg m’jd tetamu jemputan SMART MUM: awak PA YB ke? Tersenyum aku dan menjawab…taklah saya PA ust. Zawawi je…hehe
Tamatnya Tahsin Al-Quran
Penutup Tahsin Quran telah berlangsung pada 17 Julai 2010 dan dirasmikan oleh Ustzh Hazlina Abd Razak dan dihadiri guru2 al-quran serta peserta yang terlibat…Terima kasih kepada pihak PUSBA dan AZAS memberi saya peluang untuk berbakti kepada golongan asnaf yang memerlukan lebih bimbingan ilmu dan bantuan rohani…
Bintujaffar: Bacalah dan Fahamilah setiap ayat Al-Quran yang dilafazkan…moga menjadi penghibur bagi hati yang sedih dan penawar bagi hati yang sakit…I LOVE AL-QURAN
Monday, July 19, 2010
Kuliah
Wednesday, July 7, 2010
Cuti yang bermakna...
بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Mesra dan Kasih Sayang buat semua...
Perkongsian cerita di waktu cuti yang singkat ni aku abadikan di blog ni supaya menjadi memori yang indah dalam diri dan sekelilingku.
Selama cuti 2minggu lebih,aku menghabiskan masa dengan satu pelajaran baru yang selama ini aku ambil tak peduli dan bukan satu aktiviti yang menarik. Tetapi setelah dipujuk dan dipaksa oleh seorang pembimbing yang hebat(ibu) aku mendapat kekuatan dan kerelaan melakukan aktiviti itu.
Oleh kerana aku seorang perempuan,aku tak nak lah ketinggalan daripada bidang ini(patut semua yang bergelar perempuan lakukan) iaitu menjahit..hehe.
Pelbagai projek yang diberi dan aku cuba sedaya upaya buat yang termampu.
Awalnye memang kekok dan rasa 'give-up' nak teruskan...tp,cemburu melihat hasil tangan ibu yang cantik dan menarik(walaupun tangan kiri stroke),aku teruskan...
Akhirnya,dengan semangat dan hanya peluang ini sahaja yang ada(bersama ibu) di waktu cuti,aku mesti selesaikan dan tidak mahu mensia2kan harapan seorang ibu(nak tengok anaknye yang boleh menjahit)...
Dan hasilnye...
Projek 1: Jam Manik (Klu jual boleh mencecah RM300)
Projek 3&4: 4 Pouch Beg dan 1 Brooch bunga
Alhamdulillah...
Seronok gak bila da belajar dan hasilkan sendiri,pastinya memberi kepuasan di mata sendiri.
Walaupun byk lg yg perlu dipelajari dan diperbaiki..
Moga kemahiran ini akan diteruskan dan memberi manfaat utk mase akn dtg..
Saturday, July 3, 2010
Jejak Pertama
Alhamdulillah...
Akhirnya dapat melangkah ke dunia blog...
Walaupun sudah lama berjinak untuk memiliki blog sendiri(selama ni asyek jenguk blog orang je)...
Moga kehadiranku ke dunia blog ini dapat memberi manfaat kepada diri aku dan orang lain...
Ku harap CAHAYA KASIH-NYA terus bersinar ke dalam diriku dan orang di sekelilingku...
(^_^)